Wednesday, September 20, 2023

Fahammm

Kita yg tua ni hadham ragam muda sebb dulu pun kita muda, Perhati cara dn gaya, terserlah org benci atau org suka, Teliti kata bicara, mengerti maksud hati sayang atau benci, Telusuri rutin biasa menterjemah benar atau berpura, Kita bukan malaikat nk membaca semua, tapi ilmu mengajar kita segalanya. Kita prihatin dan ambil tahu org tempelak ngagada-ngada... Kita letak orang dinombor satu, tapi kita entah di mana posisinya... Kita hargai dan percaya, org tak beri pun harapan apa-apa... Kita angkat ke taraf kerabat dan sahabat, orang acuh tak acuh ikut sempat je... Kita bersungguh-sungguh, orang bertangguh-tangguh... Kita tak kalah, tak koyak, tapi letih dan penat otak... Demikian bicara jiwa bila memendam sakit derita. - marhain paduka jurus

Thursday, February 10, 2022

HIPO

Salam selasa, Cakap pun tk cakna... Pesan pun tk guna... Tegur pun tk petia... Sapa pun tk bermakna.. Nak ajar mcm mana..? Rasa diri cukup mulia, Rasa diri cukup jasa, Rasa diri cukup selesa, Rasa diri dah ahli syurga, Biarkn hati busuk dlm dada... ikutkan je apa kita suka... Ikut je rasa syok dan selesa... Ikut je sedap dan senang cita, Ikut je kita punya kepala, Itu baru khalifah dunia, Isikan ruang hidup ni suka-suka saja, Rehatkan akal jangan menganalisa... pertahankn kesombongan dan ego sedaya upaya, Teruskan menipu, palau dan berdalih ikut selera, Humbankan saja amanah, janji, hajat dan pinta manusia, Kejar, kaut dan rebut yang untung saja semahunya, Pastikan letak rasa aman sedap dan selesa dlm kepala, Suburkan malas², santai², seronok² dan suka² di jiwa, Hiduplah saja dengan kelompok yang sama citarasa dgn kita, Kutip dan simpan di hati kecurangan, bacul dan khianat jadi sembang dan cerita, Angkatkan kebodohan, acah², main² dan kejumudan jadi ikutan dan ketua, Jauhkan saja diri dari memberi memberi manfaat, mewakaf ruang, sedakah tenaga, jariah masa dan kerja sukarela. Sarungkn saja agama, amal, ibadah pada jasad jadi pakaian biasa-biasa, Bergembiralah, enjoy dan bersantai-santailah selagi muda jangan difikirkan diri akan tua, Jadikn musuh dan letak sekeliling kita sesiapa yg menegur dan menasihat kita yg dah jadi super power, Hamun dan maki saja dalam senyap atau nyata saudara² yg sesyahadah dengan kita sebab tk bermakna. Keluar gua bila rasa nk jengok dunia dan masuklah lubang semula bila tk kena citarasa, Layan saja kepala dan jangan peduli apa pun kesah sekeliling kita, Teruskan palau, degil, berkira dan tak layan manusia yg tk setaraf darjat kita, Terkam segera peluang yg lalu depan mata atau korek dan kaut selagi ada, Itu semua format dan fomula utk memenuhi selera dan bersyurga di dunia. Moga sangka bahagia dan cita hebat kita terlaksana dengan jayanya. Terima kasih yg faham dengan akal dan hati. Tahniah khalifah bumi ! -penglipurlara.

Wednesday, January 19, 2022

Tazkirah akal

Bila waktu yang menjadi usia itu tidak ada barokah, Allah sibukkan diri makhluk dengan hal dan urusan yg tidak berfaedah, Allah lalaikan dirinya hingga asyik melayan kehendak dan cita yang tak pernah sudah, Allah biarkan makhluk itu seronok dengan apa yang dia mahu tanpa tegah, Supaya makhluk itu jauh dari amal, ibadah dan Rahmat Allah, Allah sempitkan akal dan hatinya dari memandang ukhwah dan jamaah, Hingga dia lupa kehidupan ini ada penghujung dan noktah, Allah tutup hatinya yang telah berpenyakit itu dari memandang memberi manfaat dan menganjurkan kebaikan itu indah, Hingga kecukupan dan kepuasan dari rezeki yang Allah berikan hilang sudah, Lalu bergelak ketawa mereka menghabiskan ruang waktu dan masa tanpa fikir dan gundah, Lantas di hujung nafas mereka baru tersedar dan mula kelam-kabut menggelabah, Tomakninah kan akal seketika supaya status khalifah tidak berubah. Agar baki waktu dan usia yang masih tersisa tidak di habiskan dengan syahadah yg acah-acah. -penglipurlara.

Monday, January 18, 2021

al quran

Berikut ini kami tampilkan Link MP3 Murottal Alquran Per Juz, Total 30 Juz oleh Mishary Rasyid yang terkenal dengan suaranya yang merdu. Murotal ini sangat cocok didengarkan untuk Ramadan 2020. Klik di bawah ini: Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3 Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3 Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95 Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5 Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2 Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc Artikel ini telah tayang di sripoku.com dengan judul Link MP3 Murottal Alquran Per Juz, Total 30 Juz oleh Mishary Rasyid, Cocok Didengarkan Saat Ramadan, https://palembang.tribunnews.com/2020/04/22/link-mp3-murottal-alquran-per-juz-total-30-juz-oleh-mishary-rasyid-cocok-didengarkan-saat-ramadan?page=all. Editor: Sudarwan

Sunday, July 21, 2019

Lama sgt tk menulis

Sibuk ke benda ntah, otak jd tumpul lak...
Nk mula dari mana pun blour..., memang betul sgt bila ilmu lama tk di jenguk... ianya akan hilang dari akal empunya..
Sedey tul r..

Thursday, March 26, 2015

Peringatan taklimat

Tarikh     : 24hb.Mac 2015
Rujukan : Sistem Pesanan Ringkas (SMS) KRTDF2A/Bil. 004/2015.

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG FASA 2A/3, AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.

Kepada:

- Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga, Bomba Sukarela, Surau Ar-Rahmaniah, Jam'iah Al-sidrah dan Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang.

- Sahabat-sahabat seperjuangan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Tuan,

TAKLIMAT SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) DAN SKIM RONDAAN BERSAMA POLIS DAN TENTERA (RAPAT) RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG.

Adalah dengan hormat merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan taklimat bersama SRS/RAPAT Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A Ampang selangor akan di adakan seperti berikut:

Tarikh   : 27hb. Mac 2015 (jumaat)
Masa    : 09.00 pm (selepas solat isyak)
Tempat : Serambi KRTD Fasa 2A (Hadapan Blok F)

Sehubungan itu tuan di kehendaki hadir ke taklimat yang diadakan.

Komitmen dan perhatian tuan/puan amat di hargai dan di ucapkan terima kasih.

# sila pakai vest rondaan srs.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,
RIDZUAN BIN MD NOR
Setiausaha

S.k.
- Pengerusi KRTDF2A/Surau Ar-Rahmaniah

- Balai Polis Ampang Jaya

Sunday, September 28, 2014

Makluman

SURAU AR-RAHMANIAH TAMAN DAGANG FASA 2A/3 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.

Rujukan Memo Mesej : (Peringatan Panggilan Mesyuarat)

Tarikh Mesej : 19hb. September 2014

Kepada :
(1) Organisasi dan Jawatankuasa Tadbir surau Ar-Rahmaniah Tmn Dagang Fasa 2A/3 Ampang serta Jemaah Surau.

(2) Organisasi dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Tmn Dagang Fasa 2A/3 Ampang.

(3) Organisasi dan Jawatankuasa Bomba dan Penyelamat Sukarela.

Subjek :
TAKLIMAT TUGAS, PETUGAS DAN TUGASAN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 1435 HIJRAH TAHUN 2014.

Tarikh :
29hb. September 2014 (Isnin)
Masa :
09.00 mlm (Selepas Solat Isyak)
Tempat :
Dewan Surau Ar-Rahmaniah Tmn Dagang Fasa 2A Ampang.

Komitmen:
Tuan/puan diminta dan dipersilakan hadir pada tarikh, masa dan tempat yang di catatkan.

Yang Menjalankan Tugas:

SETIAUSAHA

S.k. Penasihat, Pengerusi, fail.

AYAM TUA

AYAM TUA
Cantikkkkk...

SAMBUTAN HARI IBU KRTD AMPANG 2010

SLIDE SHOW AKTIVITI KAMI

SLIDE SHOW AKTIVITI JIRAN MUDA KRTD