Pembangunan dan pemodenan infrastruktur adalah penting bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat, namun impak positif atau negatif di sebalik tindakan menurut arus massa itu tetap terkesan dikalangan masyarakat setempat.
Merujuk kepada kisah pembangunan yang di agendakan pihak tertentu untuk menaik tarafkan persekitaran surau ar-rahmaniah di kawasan rukun tetangga ini menghangatkan suasana damai masyarakat taman apabila berhadapan maklum balas pro dan kontra dari projek yang di jalankan.
Umum tahu, surau adalah tempat atau pusat aktiviti masyarakat dan pusat mengembeling kekuatan rohani dan jasmani etnik melayu islam di nusantara, persepsi sempit yang di ketengahkan oleh pihak yang dangkal ilmu bahawa surau hanyalah tempat ibadah dan pengajian ilmu agama sahaja adalah tidak tepat dan berniat buruk.
Sejarah penyebaran islam di zaman Rasulullah S.A.W merakamkan bahawa fungsi dan peranan masjid (tempat Sujud/tempat ibadah)bukan saja untuk urausan agama bahkan merangkumi segenap urusan kehidupan umat islam di waktu itu, peranan institusi ini di perkasa dan di ketengahkan kedalam masyarakat sebagai tempat ibadah, pusat penyebaran ilmu, pusat pentadbiran, pusat masyarakat islam,yang natijahnya berjaya menjana perpaduan dan memperkukuh ukhwah di kalangan umat islam yang baru mengenali agama di waktu itu.
Mutakhir ini realitinya berbeza dari saranan rasulullah apabila golongan dangkal ilmu dan agama ini memperkecilkan peranan masjid dan surau sekadar tempat ibadah lima waktu dan menyambut perayaan tertentu serta majlis ilmu, diskriminasi terhadap fungsi dan peranan tempat ibadah ini jelas apabila realiti yang terpampang di depan mata hanya golongan tua dan pencen sahaja yang mengunjunginya sebagai menghabiskan usia tua.
Sikap pengunjung tetep masjid dan surau yang tidak mesra masyarakat juga menyumbang kepada persepsi dan tanggapan golongan muda dan pertengahan yang menatijahkan usul di kotak akal bahawa surau adalah tempat orang tua-tua sahaja. Ini nyata amat merugikan dan menjadikan wadah penyatu ummah yang di bina ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit itu menjadi gajah putih yang tidak memberikan peranan yang sepatutnya dalam kewujudannya dalam masyarakat.
Setiap sebuah masjid dan surau yang di bina turut di bentuk organisasi atau jawatankuasa tadbir bagi menyelia dan mentadbir rumah-rumah ibadah ini, jadi adalah amat tidak berhemah sekiranya jawatankuasa tadbir yang di bentuk atau di lantik oleh mesyuarat agong yang melibatkan anak kariah tidak di beri ruang "berbunyi" atau menyuarakan pandangan dalam menjalankan mandat pentadbiran yang di amanahkan.
Sungguhpun surau atau masjid milik umum, namun organisasi yang di bentuk berperanan sebagai pihak yang menjadi rujukan, penyelia situasi dan keadaan bagi mengelakkan pertelingkahan, perbalahan atau sebarang tindakan pemusnahan yang tidak di jangkakan berlaku dari kalangan penggunjung atau pengguna tempat ini. Jelaslah di sini setiap urusan yang berhubung dengan struktur bangunan hingga ke pengurusan anak kariah hendaklah berada di bawah pengetahuan organisasi tadbir dan jawatankuasa yang di lantik dan di bentuk serta di sahkan oleh pentadbir agama negeri iaitu Sultan.
Friday, May 20, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)