Skim Rondaan Sukarela
Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Sehingga Disember 2009 sebanyak 187 KRT di seluruh negeri Selangor telahpun menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
baju dah serah, cap dah bagi, taklimat dah buat, action jer belum lg.
jompakat ronda-ronda taman demi keselamatan penempatan, dari dok mengumpat mengutuk kat kedai kopi, kaki lima, tangga surau dan merata bawah pokok tuh baiklah jariahkan tenaga yang tersisa tuh ke tempat dan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
mafhum hadis - " sebaik-baik amalan ialah sesuatu yang mendatangkan manfaat".
Monday, January 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jangan cakap tak serupa bikin r.. bikin la serupa cakap.
ReplyDelete