Tuesday, April 20, 2010

GOTONG ROYONG MEMBASMI DENGGI

Kawasan Rukun tetangga Taman Dagang Ahad 18hb.April 2010, kerjasama pihak berkuasa tempatan (Majlis perbandaran Ampang jaya, Jawatan Kuasa Penduduk Zon 15 dan Rukun Tetangga Kaasan Taman Dagang Fasa 2A/3 ampang telah berjaya merialisasikan program gotong royong bersama sebagai altanetif menghapuskan wabak demam denggi yang mengancam penduduk taman dan kawasan persekitaran.

turut serta dalam gotong royong yang di adakan ialah pelatih Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur Cawangan Kampung Pandan, tidak ketinggalan juga peserta Persatuan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah, disamping penglibatan kontraktor pemungut sampah dan semua jawatankuasa Bersama Penduduk (JMB)Flat erumahan taman Dagang Fasa 2A Ampang.

skop kerja yang di lakukan pada hari tersebut ialaah pembersihan kawasan flat perumahan dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan myamuk Aiedes yang menjadi vektor penyebaran demam denggi.

gotong-royong di mulakan dengan taklimat ringkas oleh En. Abdullah bin Abd. Raffar, pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang, di ikuti ucapan dari En. Nik Mat Zin bin Nik Muhamad (Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ merangkap pengerusi Jawatan Kuasa Penduduk Zon 15, turut berucap ialah Dr. Sarodin dari Bahagian kemasyarakatan MPAJ dan taklimat dari Inspektor Kesihatan MPAJ.

selepas sesi taklimat semua penduduk membersihkan blok perumahan masing-masing, program berlansung sehingga pukul 12.00 tengah hari dan di akhiri dengan pengedaran ubat jentik-jentik dari pihak MPAJ kepada penduduk taman.

operasi pembersihan di susuli dengan semburan asap membasmi myamuk di sebelah petang, semua penduduk di arahkan keluar dari rumah masing-mnasing untuk memberi laluan kepada penyemburan asap ke seluruh kawasan taman.

masyarakat taman dagang fasa 2A mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini, semoga program sebegini ada kesinambungannya dan mampu menggerakkan semangat muafakat menjaga kawasan penempatan dari serangan denggi dan berbagai-bagai masalah kesihatan yang berpunca dari kecuaian dan sikap kurang bertanggungjawab penduduk kawasan perumahan.

~ penglipurlara

1 comment:

  1. How to Play Baccarat - Fairplay Online Casino
    Baccarat is the game choegocasino that is most popular in casinos. A standard 52-card deck is made up of 52 cards. The cards have five 바카라사이트 possible outcomes: 온카지노 Jack, Queen,

    ReplyDelete

AYAM TUA

AYAM TUA
Cantikkkkk...

SAMBUTAN HARI IBU KRTD AMPANG 2010

SLIDE SHOW AKTIVITI KAMI

SLIDE SHOW AKTIVITI JIRAN MUDA KRTD