Thursday, July 8, 2010

TEKS UCAPAN PENGERUSI KRTD SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN KEJAYAAN NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 KRT TAMAN DAGANG FASA 2A/3 AMPANG

Terima kasih tuan pengurusi majlis

Yang berhormat Datok Sri Ong Tee Keat , ahli parlimen kawasan pandan

Yang berhormat Tuan Iskandar Abd Samad ahli dewan undangan negeri kawasan cempaka, merangkap exco pengurusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan kerajaan Negeri Selangor

Yang berbahagia uan Haji Abdul Halim bin Omar, pengarah jabatan perpaduan dan integrasi nasional negeri selangor

Yang berbahagia En. Muhammad Radzi bin Arif Pegawai Jabatan Perpaduan dan integrasi nasional daerah hulu langat

Yang berbahagia En. Nik Md Zin bin Nik Muhamad ahli majlis , majlis perbandaran ampang jaya

Yang setia TPgB Tuan Mazlan bin Zainol Pegawai Penjaga Balai Daerah Hulu Langat

Yang setia PPgB Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Ampang

Yang dihormati Tuan Hj. Kamarudin bin Ab. Rahman Pengerusi Surau dan Kafa Integrasi Ar-Rahmaniah

Yang Di Hormati Puan Hajjah Fauziah binti... Presiden AFS Chapter Kuala Lumpur

Yang dihormati Tuan-tuan imam Pengerusi KRT Zon Ampang dan Pandan, ahli-ahli jawatankuasa semua organisasi taman dagang fasa 2A/3 ampang

Yang diraikan masyarkat Taman Dagang fasa 2A/3 Ampang .....

Assalamualaikum......
Salam sejahtera
Salam perpaduan
Dan salam 1 malaysia

Alhamdulillah , kita panjatkan puji dan syukur kepada Allah Ta’ala , kerana menemukan kita semua di kawasan ini pada malam ini atas objektif meraikan kejayaan kawasan rukun tetangga taman dagang fasa 2A/3 mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan dalam kategori pengurusan 2010.

Kejayaan ini adalah kejayaan semua masyarakat taman yang sekian lama bernaung dibawah organisasi rukun tetangga kawasan taman dagang ini tanpa mengira etnik bangsa dan agama bersatu dibawah wadah perpaduan untuk membina kecermelangan

wal hasil dari itu kita diiktiraf di peringkat kebangsaan hingga mampu menduduki tempat kedua terbaik daripada ribuan rukun tetangga diseluruh malaysia.

Suka kami jelaskan kepada semua ynag hadir pada malam ini kawasan rukun tetangga taman dagang menyediakan berbagai agenda dan aktiviti kemasyarakatan selaras aspirasi jabatan perpaduan dan integrasi nasional untuk memperkasakan permuafakatan etnik bangsa dan membina keselesaan bersama.

Dengan itu kami di KRTD menggerakkan skuad peronda sukarela SRS , mewujudkan pasukan bomba dan penyelamat sukarela , membina intitusi penddikan, menjalin kerjasama antara JMB blok-blok perumahan di taman dagang mendominasi aktiviti remaja dengan menyediakan pasukan seni beladiri jam’iah al-sidrah , pasukan kompang jiran muda krtd , kumpulan nasyid dan kumpulan zapin remaja dan oirganisasi jiran wanita krtd mendominasi aktiviti wanita dengan mengadakan kelas pengajian dan kunjungan serta menguruskan keraian.

Penglibatan terkini KRTD ialah terlibat secara langsung ke peringkat Dunia melalui program AFS antara budaya Internasional dan kita telah menyelia tiga orang anak angkat daripada negara luar iaitu daripada Cambodia , Singapore dan yang terkini dari German dan yang akan datang daripada Belgium akan bermastautin di KRTD selama setahun.

Yang berhormat Datok , Tuan-tuan dan puan-puan serta masyarakat taman yang diraikan.

Selaku pengerusi kawasan rukun tetangga taman dagang fasa 2A/3 Ampang , saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak daripada peringkat parlimen adun ahli majlis pihak berkuasa tempatan bomba dan penyelamat ampang pandan indah serta semua organisasi sokongan lantaran kerjasama semua, KRTD Taman Dagang meraih kejayaan.

Semoga kejayaan yang kita raih ini menyuntik semangat kerja sama yang mantap dan menjadi contoh teladan kepada semua Rukun Tetangga khasnya di negeri selangor am nya di seluruh Malaysia.

Oleh yang demikian bagi memenuhi keperluan infrastuktur masyarakat selaras pembangunan negara alaf ini , saya memohon jasa baik daripada pihak yang berhormat Datok Ahli Parlimen Kawasan Pandan dan tuan ahli dewan undangan negeri kawasan Cempaka serta ahli majlis perbandaran ampang jaya untuk sama-sama memikirkan alternatif penyelesaian masalah kami yang telah sekian lama iaitu penyusunan semula semua gerai-gerai di sekitar taman agar kami yang bedagang di taman ini meraih keselesaan selaras kejayaan yang dianugerahkan kepada kami.

Selain itu pihak kami dikawasan rukun tetangga taman dagang merayu perhatian datok ahli parlimen dan tuan ahli dewan undangan negeri kawasan pandan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya dapat kiranya membantu kami mematlamatkan kewujudan sebuah pusat komuniti dan balai bomba dan penyelamat sukarela taman dagang sebagaimana yang dirancangkan akan didirikan di kawasan berhampiran laluan masuk Blok D dan suka kami jelaskan kepada pihak dato, tuan dan masyarakat taman, jabatan pepaduan negara dan integrasi nasional memberi komitmen sepenuhnya untuk merealisasikan pembinaan pusat komoniti tersebut sekiranya mendapat tapak di lokasi yang di rancangkan.

Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat,

marilah kita sama-sama meneruskan misi dan visi kecermelangan untuk merialisasikan kejayaan didunia dan diakhirat .

Jangan hendaknya antara kita ada yang menggunting didalam lipatan , melempar batu sembunyi tangan kerana KRTD selama ini membuktikan realisai kejayaan yang kita miliki bersama pada hari ini bukanlah kata yang hanya didendang juga bukan ungkapan yang tak sebarang .

Kita mampu melaksanakannya dengan mengenepikan wadah politik dan isu perkauman yang sering menjadi benteng penghalang kejayaan yang di citakan .

Akhir kalam saya yang hanya insan biasa cuma amat mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua pihak untuk saya melaksanakan tugas dan tanggingjawab yang diamanahkan oleh jabatan perpaduan dan integrasi nasional kepada saya, tanpa sikap toleransi dan kerjasama dari semua pihak kita tidak akan sampai kemana-mana,

Ampun dan maaf atas ungkapan dan kiasan antai menyenbtuh hati dan perasaan, semoga kita mampu mengambil sikap poisitif dan resional dalam semua hal dan keadaan. Sekali lagi terima ksih kepada semua.

Sekian
Wasssalam.........

No comments:

Post a Comment

AYAM TUA

AYAM TUA
Cantikkkkk...

SAMBUTAN HARI IBU KRTD AMPANG 2010

SLIDE SHOW AKTIVITI KAMI

SLIDE SHOW AKTIVITI JIRAN MUDA KRTD